KSSR


Band 3 Diskriptor 1

B3 D1 E1
Soalan
Murid menunjukkan kad-kad ikon sedih, riang dan takut semasa lagu-lagu pelbagai mud dimainkan.

Pemerhatian
Guru memperdengarkan 3 buah lagu berlainan mud.
Minta murid menunjukkan kad ikon yang sesuai dengan muzik yang didengari.

B3 D1 E2
Soalan
Mendengar muzik/lagu yang dimainkan. 
Arahan: Berkumpul dalam kumpulan masing-masing untuk tekstur yang tebal.   
            : Berdiri bersendirian untuk tekstur yang nipis.

Pemerhatian
-          Guru membahagikan murid-murid ke dalam kumpulan
-          Guru memperdengarkan muzik/lagu
-          Murid-murid mendengar dan bergerak seperti dalam arahan

B3 D1 E3
Soalan
Mendengar bunyi alat perkusi yang dimainkan.
Arahan: kuat = berjalan di luar gelung; lembut = masuk ke dalam gelung.

Pemerhatian
-          Guru menyediakan gelung untuk semua murid.
-          Guru memainkan alat perkusi ikut dinamik.

B3 D1 E4
Soalan
Murid tunjukkan aksi untuk menunjukkan pic yang tinggi, tengah dan rendah.

Pemerhatian
-          Dengarkan tiga audio berbeza
-          Lihat tindak balas murid terhadap muzik yang dimainkan.

B3 D1 E5
Soalan
Murid menunjukkan ikon gambar lelaki dan perempuan apabila guru memperdengarkan bunyi suara lelaki dan perempuan.

Pemerhatian
-          Guru mengedarkan kad-kad ikon.
-          Guru memperdengarkan bunyi suara lelaki dan perempuan.
-          Meminta menunjukkan kad ikon yang betul.

Soalan
Murid menunjukkan gambar alat perkusi yang betul.

Pemerhatian
-          Guru mengedarkan kad gambar alat perkusi.
-          Guru membunyikan alat perkusi (rakaman).
-          Murid diminta menunjukkan kad gambar yang betul.

B3 D1 E6
Soalan
Melukis garisan berombak berdasarkan dua lagu yang diperdengarkan

Pemerhatian
-          Guru menunjukkan kad ikon garisan berombak rapat untuk tempo cepat dan garisan berombak jarang untuk tempo lambat.
-          Murid melukis garisan berombak pada tajuk lagu.

B3 D1 E7
Soalan
Bezakan bunyi panjang dan pendek pada alat perkusi.

Pemerhatian
-          Guru memberikan alat perkusi yang berbeza (kerincing dan kastanet)
-          Murid membunyikan alat dalam kumpulan mengikut arahan guru.

B3 D1 E8
Soalan
Membezakan ton suara (halus, kasar, nyaring).

Pemerhatian
Membuat bunyi-bunyi binatang yang menunjukkan pelbagai ton suara mengikut arahan guru.


Band 3 Diskriptor 2

B3 D2 E1
Soalan
Murid menyanyi sambil memainkan alat perkusi mengikut detik.

Pemerhatian
-          Guru mengedarkan alat perkusi.
-          Guru memainkan lagu.
-          Meminta murid memainkan alat perkusi mengikut detik lagu.





B3 D2 E2
Soalan
Bermain drum bes dengan kuat dan perlahan.

Pemerhatian
-          Guru memainkan bunyi drum bes secara kuat dan lembut.
-          Murid secara kumpulan membunyikan secara kuat dan perlahan mengikut tunjukcara guru.

B3 D2 E3
Soalan
Murid memainkan alat perkusi mengikut dinamik kuat dan lembut berdasarkan ikon yang disediakan.

Pemerhatian
-          Guru sediakan ikon.
-          Murid memainkan alat perkusi berpandukan ikon yang dipamerkan.

B3 D2 E4
Soalan
Murid-murid menyebut lirik lagu mengikut irama dengan jelas.

Pemerhatian
-          Guru membaca lirik lagu frasa ke frasa mengikut irama.
-          Meminta murid mengajuk ikut guru.
-          Meminta murid membaca lirik ikut irama dengan jelas.

B3 D2 E5
Soalan
Murid melambai tangan ikut frasa lagu.

Pemerhatian
-          Guru memainkan lagu.
-          Meminta murid melambaikan tangan dari kiri ke kanan (atau kanan ke kiri) ikut frasa.

B3 D2 E6
Soalan
Murid mengajuk bunyi yang didengar dengan sebutan “la”.

Pemerhatian
Guru membunyikan tiga not yang berbeza seperti C E G dengan menggunakan kibod/piano.

 B6D1 (Pengetahuan dan Kefahaman Muzik)
B6D1E1
SOALAN:
Ø  Buat gerakan dan ekspresi muka secara kreatif mengikut mud berdasarkan tiga buah lagu yang didengari.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru memperdengarkan 3 buah lagu yang berbeza mud (riang, sedih, takut).
Ø Murid membuat gerakan dan  ekspresi muka mengikut mud lagu di hadapan kelas.

B6D1E2
SOALAN:
Ø  Terangkan secara lisan perbezaan tekstur lagu yang didengari.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru memperdengarkan lagu nyanyian solo dan nyanyian koir.
Ø  Meminta murid menerangkan secara lisan perbezaan tekstur lagu yang didengar.
Ø  Murid memberi jawaban bahawa nyanyian solo adalah tekstur nipis dan nyanyian koir adalah tekstur tebal.
Ø   
B6D1E3
SOALAN:
Ø  Mainkan alat perkusi secara kreatif mengikut simbol dinamik (f dan p) pada skor lagu.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru sediakan skor lagu/lirik dan 2 alat perkusi, iaitu dram samping dan kerincing.
Ø  Murid memainkan alat perkusi yang dipilih  mengikut skor secara kreatif.

B6D1E4
SOALAN:
Ø  Kalungkan kad imbasan pada rakan kamu mengikut aras pic yang kamu dengari.
PEMERHATIAN:
Ø  3 orang murid berada dalam kedudukan 3 aras yang berbeza iaitu,
i.                    Mencangkung
ii.                  Duduk di atas kerusi
iii.                Berdiri
Ø  Guru memainkan tiga pic yang berlainan aras (rendah, tengah dan tinggi).
Ø  Murid diminta mengecam dan mengalungkan kad imbasan untuk pic yang ke2 (terpulang kepada guru) mengikut bunyi yang dimainkan.

B6D1E5
SOALAN:
Ø  Tampal gambar pada papan putih berdasarkan audio yang dimainkan.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru memperdengarkan bunyi binatang.
Ø  Murid memilih gambar haiwan yang disediakan mengikut bunyi yang dimainkan oleh guru dan menampal gambar pada papan.

B6D1E6
SOALAN:
Ø  Murid melakarkan gambar kereta atau berjalan kaki untuk menunjukkan tempo cepat dan lambat.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru memperdengarkan dua buah lagu bertempo cepat dan lambat.
Ø  Murid melakarkan gambar berdasarkan lagu yang didengari.

B6D1E7
SOALAN:
Ø   Murid memilih dan memainkan 1 daripada 2 alat perkusi untuk membezakan bunyi bunyi panjang dan pendek.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru menyediakan alat perkusi kerincing dan kastenet.
Ø  Murid mainkan 1 jenis  alat perkusi yang menunjukkan bunyi panjang atau pendek berdasarkan arahan guru.

B6D1E8
 SOALAN:
Ø   Bezakan ton suara garau dan halus dengan aksi berlari dan aksi berjalan.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru memperdengarkan rakaman bunyi haiwan seperti harimau dan burung.
Ø  Murid membezakannya dengan cara :
i.                    berlari – bunyi garau
ii.                  berjalan – bunyi halus

B6D2 (Kemahiran muzik)
B6D2E1
SOALAN:
Ø  Bermain perkusi mengikut detik  4                                                 
                                                        4
PEMERHATIAN:
Ø  Murid memainkan perkusi mengikut detik yang berterusan dengan iringan lagu yang dimainkan oleh guru.


B6D2E2
SOALAN:
Ø  Mainkan alat perkusi dengan dinamik kuat dan lembut.
PEMERHATIAN:
Murid memainkan kompang/alat perkusi mengikut arahan guru yang menunjukkan dinamik kuat atau lembut.

B6D2E3
SOALAN:
Ø  Nyanyikan lagu mengikut dinamik yang betul.
PEMERHATIAN:
Ø  Murid menyanyi mengikut skor lirik lagu yang menunjukkan dinamik kuat atau lembut.

B6D2E4
SOALAN:
Ø  Nyanyikan lagu dengan sebutan lirik yang jelas.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru memainkan lagu “Mari Bergerak” (minus one) dan murid menyanyi dengan sebutan lirik  yang betul dan jelas.

B6D2E5
SOALAN:
Ø  Tiupkan reben pada permulaan setiap frasa.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru memperdengarkan sebuah lagu.
Ø  Murid meniup reben pada permulaan setiap frasa.
B6D2E6
SOALAN:
Ø  Memimpin secara kreatif tiga kumpulan pic.
PEMERHATIAN:
Ø  Kelas dibahagikan dalam tiga kumpulan pic (rendah, tengah dan tinggi).
Ø  Seorang murid diminta memimpin kumpulan pic mengikut kreativitinya.



No comments:

Post a Comment