NOTA MUZIK

BEBERAPA FAKTA TENTANG BUNYI

Semua bunyi yang kita dengar terhasil daripada sesuatu getaran. Getaran bergerak menerusi udara sebagai gelombang bunyi. dan berkembang ke semua arah secara serentak. Bunyi itu tadi akan memberi kesan terhadap bahagian kulit yang sensitif di dalam gegendang telinga. Getaran akan bertukar menjadi 'nervous impulse' dan dihantar ke otak. Otak seterusnya akan mengenalpasti jenis bunyi tersebut.

Bunyi yang tersusun dan enak didengar akan diterima oleh otak sebagai bunyi muzik ( not muzik mempunyai jarak dan pic yang tertentu). Manakala bunyi yang tidak tersusun dipanggil bunyi bising.
Bunyi mempunyai beberapa karakter iaitu:

1.   Pic (Pitch)  -   Tinggi atau rendah not muzik.
2.   Laras Bunyi (Volume/Intensity - Kuat atau lembut bunyi.
3.   Warna Ton (Timbre) - Kualiti atau ciri-ciri khas bunyi.


PIC

Pic bergantung pada frekuensi atau bilangan getaran per saat. Semakin tinggi frekuensi, maka semakin tinggi jugalah pic sesuatu not muzik. Jika kita memetik tali gitar, kita dapat lihat dan merasai getaran yang terhasil. Seterusnya, bunyi yang terhasil daripada getaran bergantung pada kepanjangan, ketebalan, dan ketegangan (tension) tali tersebut.

                        Pendek
Semakin          Kecil/nipis        tali enyebabkan getaran semakin cepat dan
                                                 menghasilkan pic yang tinggi
                        Tegang


indah sungguh muzik yang dihasilkan dengan jiwa yang ikhlas... :)

No comments:

Post a Comment